Senin, 19 Mei 2008

Robot


    Definisi Robot

    Webstar’s New World Dictionary 1969 mendefinisikan robotik sebagai sains dan teknologi robot, termasuk reka bentuk pengeluaran,applikasi dan kegunaan lain.
    Di Eropa, robotik didefinisikan sebagai sains Robotologi dan Robotologi didefinisikan sebagai cara bagaimana mesin robot digabungkan dan melakukan kerja.
    Kebanyakkan orang menganggap robotic sebagai satu bagian teknologi , tetapi robotik meliputi pelbagai bidang teknologi seperti mekanikal, elektrik, elektronik, sistem perkakasan dan perisian Komputer serta pelbagai teknologi canggih yang lain.

    Robot Peneraju Masa Depan
    Pada zaman serba moden ini,kudrat manusia semakin kurang digunakan kerana banyak skop pekerjaan diganti dengan robot yang dicipta manusia,khususnya untuk kegunaan sektor perindustrian dan membantu kerja berat terutamanya dalam industri perkilangan.Perkembangan dunia robotic bermula dengan terhasilnye sebuah robot industri yang dinamakan Unimates pada era 60-an oleh pereka barat,George Devol dan Joe Engelberger.Unimates diaplikasi bagi membentu kerja pemindahan perkakasan terutama dalam sektor industri.
    Dengan berasaskan teknologi Unimates,dunia robotik bidang perindustrian semakin berkembang apabila Joe Engelberger berjaya menghasilkan Unimation sekali gus dinobatkan sebagai bapa robotic berikutan kejayaannya sebagai perintis pemasaran robot.     Bagaimanapun,dengan arus kemodenan dan kemajuan teknologi terkini,robot bukan sahaja digunakan secara meluas dalam sector perindustrian,perkilangan,mengendalikan kerja berat atau bidang ketenteraan.Malah kini sudah ada usaha untuk melahirkan robot yang mempunyai perasaan tidak ubah seperti manusia.
    Bagi masyarakat di Barat dan Jepun yang mana kedua-duanya menjadi negara paling maju dalam industri robotik,penggunaan robot bukan sekadar membantu meringankan beban kerja tetapi juga untuk dijadikan teman bermain.
    Malah lebih menakjubkan robot kini bukan sekadar rangka besi,sebaliknya sudah ada yang benar-benar menyerupai seiras dengan manusia.
    Kemajuan teknologi robotik semakin ketara,termasuk membabitkan robot haiwan.Kini robot dicipta bagi membolehkan ia menguasai tindakan sendiri tanpa memerlukan arahan atau kawalan.Ia penting bagi membolehkan robot melakukan kerja fizikal yang memerlukan kawalan aktif dan memberi maklum balas pada keadaan tertentu.
    Tidak keterlaluan dikatakan, teknologi robotik boleh dinobatkan sebagai antara ciptaan manusia paling agung apatah lagi ia membabitkan penciptaan manusia klon.
    Dengan kecanggihan teknologi robotik,mungkin satu hari nanti tenaga manusia tidak lagi digunakan sama ada dalam bidang perindustrian mahupun ketenteraankerana semuanya diambil alih robot.
    Teknologi robotic kini turut diguna pakai dalam bidang perubatan.
    Malaysia mencatat sejarah perubatan negara apabila Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjadi hospital pertama didunia yang menggunakan robot untuk melakukan pembedahan mikro atau insisi lubang kunci berukuran 8- 12mm bagi membuangsel kanser.
    HKL juga mengharumkan nama Malaysia selepas muncul hospital pertama didunia menjalankan pembedahan pembuangan batu karang dari buah pinggang menggunakan robot menerusi kaedah pembedahan Robotik Sistem da Vinci membabitkan 3 komponen utama iaitu robot yang mempunyai 3 tangan,komputer berskrin tiga dimensi dan penganalisis imej.
    Ujian terkini dalam teknologi robotik ialah keatas robot bersayap yang mengeksploitasi teknologi biomimicry. Walaupunia masih pada peringkat awal, teknologi seperti nanomotor dan wayar pintar dijangka dapat meningkatkan lagi kecekapan industri penerbangan dan aeroangkasa.

    Robot-Robot Terkemuka di Dunia
    a. ASIMO (ADVANCED STEP IN INNOVATIVE MOBILITY)
- dicipta oleh honda’s research & development wako fundamental technical research center di jepang
- tinggi 130 cm,berat 54kg
- harga mencecah rm4 juta
- memiliki perasaan sayang,sedih,gembira seperti manusia
- kelajuan berjalan 2.7km sejam
- kelajuan berjalan ketika membawa barangan 1.6km sejam
- kelajuan berlari 6km sejam
- mampu menghantar makanan menggunakan troli
- mampu melakukan kerja penyambut tetamu dan penunjuk arah

    b.QRIO(QUESTFORCURIOSITY)
- Diciptaoleh Sony Inteligence Dynamics Laboratory.Inc
- Mampu bercakap dan mengenali serta mengingati wajah manusia serta kegemaran dan kebencian mereka
- Mampu berlari pada kelajuan 23sm/sesaat
- Disenaraikan dalam world of Records sebagai robot pertama boleh berlari paling pantas

    c. AIBO (ARTIFICIAL INTELLIGENT ROBOT)
- Dicipta Oleh Sony Intelligent dynamics Laboratory.Inc
- Robot yang mengantikan haiwan peliharaan
- Boleh berjalan dan melihat persekitaran melalui kamera dan mampu mengenal pasti suara yang biasa didengar
- Ditakrifkan sebagai Robot autonomi berdasarkan kemampuannya belajar dan matang berpandukan rangsangan luaran daripada pemilik robot atau persekitaran

    Jenis dan Klasifikasi Robot
    a. Robot dibedakan dalam berbagai jenis, yaitu:

• Humanoid
Robot yang memiliki fizikal asas manusia iaitu kepala,sepasang kaki dan tangan. Contoh robot Asimo ciptaan Honda.

• Android
Robot yang memiliki sifat dan persamaan serta cukup anggota dan menyerupai lelaki. Tetapi tidak kelihatan hidup

• Cyborg
Robot yang tidak menyerupai manusia, sebaliknya mempunyai ciri fizikal dan memiliki fungsi manusia.

• Gynoid
Berasal dari perkataan ‘Gyne’ (Greek) bermaksud wanita.robot yang memiliki sifat dan persamaan serta cukup anggota dan menyerupai wanita.

• A.I (ARTIFICIAL INTELLIGENT)?
Robot yang mempunyai perasaan seperti manusia atau hewan.

• Disabled Robotik
Robot yang dicipta untuk membantu pergerakan orang kurang upaya (OKU).Ia lebih kepada bentuk penggunaan mesin beroda terkenal diJepang.

• Domotics
Perisian computer yang mengawal robot.Kebiasaannya digunakan dalam sector perindustrian.

    b. Robot diklasifikasikan menjadi 4, yaitu:

• ROBOT PERINDUSTRIAN
Robot tidak menyerupai dan tidak berperilaku seperti manusia tetapi mesin satu Lengan yang beroperasi dari lokasi tetap dalam kilang.

• ROBOT LENGAN
Robot yang dicipta untuk tujuan hiburan

• ROBOT FIKSYEN
Contoh AI (Artificial Intelligence),Bicentenial Man,i-Robot dan terminator.

• ROBOT KETENTERAAN
Robot untuk kegunaan ketenteraan. Robot untuk tujuan peperangan. Ini termasuk Robot dalam kapal selam dan pasukan perisik.

• AUTOMASI CATUR
Robot yang mampu bersaing dengan manusia dalam permainan catur dengan pemain Terkemuka dunia dari Russia,Sergei Ivanov.

0 komentar: